BUNGA TULIP dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun ke-17 dan sejak itu, bunga berkenaan diangkat menjadi bunga rasmi negara itu.
Di Malaysia, bunga tulip yang banyak ditanam di Belanda hidup subur dan berbunga di atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut.
Harus diingat, keadaan cuaca di negara ini yang agak panas tidak mengizinkan bunga itu hidup subur. Namun, penggemar bunga tulip boleh cuba-cuba menanam jika dapat memastikan ia ditanam di tempat redup, di bawah teduhan dan rajin menyiram.
Cara Menanam & Menjaga
- Ditanam dalam campuran 30 peratus tanah pasir dan hitam pada suhu 8 hingga 9 darjah Celcius sehingga akarnya tumbuh.
- Apabila akar tumbuh dan berusia empat minggu, ia akan dikeluarkan sebelum diletakkan di rak kayu.
- Pada usia ini, pokok bawang ini boleh membesar hingga 10 sentimeter manakala suhu rumah hijau ditetapkan pada 20 darjah Celcius bagi memastikan ia hidup subur.
- Pokok bawang ini kemudiannya dialihkan ke dalam pasu-pasu kecil dan rak kotak. Bagi setiap pasu, kita menanam tiga biji bawang manakala bagi rak kotak pula, antara 10 dan 15 biji bawang ditanam bergantung kepada saiz kotak.
- Pokok bunga tulip tidak memerlukan siraman air yang kerap. Sekadar dua kali seminggu, bergantung kepada cuaca. Kalau musim kemarau, siraman air mungkin terpaksa ditambah.
- Pokok bunga tulip boleh mengeluarkan kudupnya selepas 15 hingga 17 minggu ditanam dan sebelum dipasarkan, batangnya perlu dicantas manakala kudup pula dibalut dengan kain net.
- Apabila kembang, bunga ini mempunyai enam kelopak yang mampu bertahan selama seminggu jika diletakkan di dalam pasu bunga yang berisi air.
FAKTA
Nama: Bunga Tulip
Nama Asal: Tulipa (Perkataan Arab bermaksud serban)
Famili: Kumpulan Magnoliophyta
Jenis popular: Golden Melody (kuning), Leen Var De Mark (merah),Monte Carlo (kuning), Orange Wonder (orange),Rossario (merah jambu), Inzell (putih) dan Nagrita (ungu)..
Merah Jambu - Mengambil Berat
Ungu - Royalti/Pemurah
Merah - Deklarasi cinta
Putih - Pemaaf
Kuning - Jujur Dalam Pencintaan
0 comments:
Post a Comment