Monday, July 12, 2010

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti
menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak
kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan
orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata
apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun
semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam
kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar
berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan
kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan
kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba....
maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah
lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati
azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini
tidak kelu walaupun nyawa sedang
dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah
Laillahaillallah......semasa sakaratul maut
menghampiri kami...."

0 comments:

Post a Comment